Pages

Thursday, September 26, 2013

Makanan yang boleh menambahkan dan mengurangkan susu badan

Assalamualaikum...


Sekejap susu banyak, sekejap susu sikit. Tak tahu kenapa. Kadang tu rasa susu keluar sendiri. Hari-hari pam susu. My husband bagitau ada faktor pemakanan yang menyebabkan banyak susu dan kurangkan susu. So, saya pun banyak la tanya orang dan research sendiri apa benda makanan tersebut.


1. Oat
Selalunya saya suka yang biskut. Kalau bubur, susah sikit. hehe. ataupun campur ke dalam minuman milo atau horlicks. Best jugak kalau salut oat pada ayam sebelum digoreng.

2. Kurma
Saya makan kurma hari2. Oleh kerana my husband sangat mendisiplinkan saya makan kurma hari2. Daripada saya pregnant lagi. Pegi pasaraya mesti beli kurma. Kurma Safiyya. Syafawi. macam2 la. Saya suka kurma yang lembut2. hehe

3. Kacang Buncis
Masak lemak atau goreng. my husband penah masak kicap. sedap!

4. Bayam & Sawi
Lepas balik kerja, pergi mydin beli bayam. Bayam yang ada daun merah2. Buat sup bayam, kuah jadi kaler merah. My husband masak. Sedap!

5. Lobak Putih
Memang dah tau lobak putih boleh banyakkan susu badan. Tak pernah makan lagi. hehe

6. Tauhu & Tempe
Not my favaurite actually. Setahu saya kan, tauhu boleh menyebabkan baby muntah.

7. Susu
Biasa orang buat kek atau puding kan guna susu. Saya minum susu dutch lady (^_^)

8. Halba
Dalam nasi dagang ada. Dalam sesetengah masakan ada yang letak halba. Saya temuh perut baby amni dengan halba. (^_^)

9. Jambu & Betik
Mak mertua dah bagi buah betik. Makan sikit2 je. hehe. Myhusband beli minuman fresh jambu batu.

10. Ketam
Ketam masak lemak. pergh!

11. Madu
Myhusband selalu buatkan air madu bagi saya minum. Saya tak berapa suka. Manis sangat. Tapi minum jugak. Khasiat kan.

12. Bawang putih.
Bagus untuk orang yang sakit sendi jugak.

13. Redraspberry leave & alfafa
Jenis tablet ada dijual di farmasi.

14. Milo, Horlicks, Teh hijau dan Barli
Buat hotdrink sedap tau.

15. Makanan yang mengandungi yis.
Sebarang jenis tapai dan juga roti

16.  Rich Milk Tea
Orang kata, minum teh boleh menyebabkan bayi perut kembung. Jadi, saya tak minum. Kesian baby nanti.

Ini jelah yang saya tahu dan research. Kalau korang tahu ada lagi yang lain, boleh kongsikan. (^_^)
MAKANAN YANG BOLEH MEMBANTUTKAN PENGELUARAN SUSU BADAN.

1. ULAM
Memang stress kalau susu semakin kurang. Kalau korang nak tahu, Saya ni dah la suka makan ulam. terutama ulam raja. Tup2 ulam ni merupakan salah satu makanan yang boleh mengurangkan susu. Patutlah susu semakin kurang. Di ikutkan hari2 jugak la makan ulam ni.

2. KOBIS
Patutlah susu kurang, Semalam makan KFC (coleslaw) haha

3. Minuman BerAIS
Sekarang kan musim panas. dah 4 hari dah tak hujan. Tidur malam pun panas. Memang tak lari minum ais. huhu. Tapi kan, minum ais banyak la yang boleh kurangkan pengeluaran susu.

4. HERBS
Nak jaga badan kan, saya makan la NONAROGUY punya produk. Bila dah tau macam ni, saya stopkan. Pappermint, parsli, sage, oregano pn boleh kurangkan susu.


Kesimpulannya, Jaga la pemakanan bagi ibu-ibu yang mahukan menyusu anak selama 2 tahun. Saya memang nak 2 tahun pun. Sama2 lah kita banyakkan susu badan. Apapun, banyakkan minum air suam & air masak. Tu yang paling UTAMA. Sekian.


thanks sudi baca (^_^) Jumpa lagi

14 comments:

  1. Tq...baru tau pasal ulam n kobis tu. Sm lh suka jg mkn coleslaw kfc...hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ade setengah org ckp ulam bykkan susu.. sy dah cuba, tak bnyak pn... dan sy dah research dah...tp klu masa mengandung makan ulam, sangat elok dimakan.. tambah HB dan kurang sembelit...

      Delete
  2. psl kobis tau,tp ulam 1st time dgr.....tp penceramah penyusuan ckp,sayuran ijau tua paling bagus...tp kalu ul yg berdaun ijau tua x blh ke???...

    ReplyDelete
    Replies
    1. awak nak tau,
      dua hari saya makan ulam raja dan selum, pam susu macam biasa je...
      lepas tu, hari seterusnya saya makan petola dan salad, banyakkkkk...
      serius saya buat kajian sendiri..
      awak try la...klu tak betol, citer kat sini.. (^__^)
      kita sama2 share

      Delete
  3. wahh gud info..tp baby makan tauhu tak pulak muntah, certain baby je kot ek? tp tempe sedap..try mkn tempe goreng dgn rempah. mmg best, Hehe

    ReplyDelete
  4. Baru tahu kobis bleh kurangkan susu..

    ReplyDelete

  5. Info yang menarik mengenai cara untuk menambahkan susu badan. Yang penting untuk memastikan penghasilan susu badan tidak terencat, si ibu harus mendapat rehat yang cukup, tidak mengalami tekanan emosi dan harus mengambil diet yang sihat kerana penghasilan susu badan dipengaruhi oleh keseimbangan hormon prolaktin yang dirembeskan oleh kelenjar pituitari.

    ReplyDelete
  6. kalau penat pnt pun boleh jadi faktor susu badan kurang, ye dak? sebab sy takleh penat nnt susu mesti kurang. pantang molek dah. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh jadi kemungkinan... kalau sy demam, susu kurang.. pastikan anda sentiasa sihat.. amalkan pemakanan yg seimbang (^__^)

      Delete
  7. Betul..klu tak sihat mmh susu kuranh...smlm sy rase mcm nk demam pastu pam2 susu x berape meriah ... huhuhu

    ReplyDelete
  8. yes betik dan halba sgt mmbntu.. sbb bilew perut kitew hadam dgn baik bilew susu pun bjln dgn lancar..susu pun bnyak..

    ReplyDelete
  9. Saya kadang susu meriah kadang merudum... salah makan rasanya

    ReplyDelete