Pages

Tuesday, March 19, 2013

Elak Baby Songsang


Baby akan berpusing dengan kedudukan kepala dibawah apabila masuk usia kandungan 28 minggu ke atas. Tapi ada sesetengah kandungan, baby tak berpusing dengan kepala masih di atas atau kedudukan melintang. Saya nak cuba kongsi sedikit petua dan amalan yang memang saya sedang lakukan. Saya pun sekarang ni baby tak pusing lagi. Mari la kita sama2 amalkan.

Ambil segelas air kosong, bacakan surah al-Insyirah sebanyak 3 kali
Hembuskan ke dalam air
Ambil air yang dibacakan itu, dan usap pada perut sebanyak 3 kali atau 7 kali mengikut lawan pusingan jam berserta selawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Lebihan air tu boleh la diminum. Lebih mustajab jika suami juga turut melakukan perkara yang sama.
Amalkan juga membaca surah al-Insyirah sebanyak 10 kali selepas solat fardhu beserta doa, moga Allah permudahkan kelahiran anak yang kita kandungkan.

Selain tu, dari segi psychology, selalu lah amalkan bersembang dengan baby setiap hari, pujuk dia supaya dia keluar senang. Abahnya selalu gak bersembang dengan baby. Saya tersenyum je.
Apa-apapun, kita hanya merancang dan Allah juga tgh merancang dan sebaik-baik perancangan ialah Allah SWT.
Yang penting..............






  1. Angkat bahagian pinggul setinggi 12-30cm dari lantai dan tahan degan tangan
  2. Lakukan selama 3 kali sehari antara 10 minit. Masa janin gerak aktif, terus la buat (^_^)
  3. Tumpukan perhatian pada janin bukannya tekanan tubuh tau
  4. Dengan posisi perut tergantung dibawah tu, letakkan punggung lebih tinggi macam posisi bersujud
  5. Lakukan terapi ni selama 10 minit sebanyak 2 atau 3 kali setiap hari pada pagi dan malam sebelum tido
lebih kurang buat macam ni la



thanks sudi baca (^_^) Jumpa lagi

No comments:

Post a Comment