Pages

Wednesday, April 24, 2013

Check Up 35 Weeks

Minggu sebelumnya (check up 33 weeks), nurse suruh pegi klinik kesihatan Greentown dulu untuk amik darah baru pegi Klinik Kesihatan Ibu dan Anak. Saya malas la nak pegi 2 tempat. Nurse pun satu, kenapa la  menyusahkan ibu mengandung? (=.=)" Kena tunggu giliran kat KK pastu kena tunggu lagi kat KKIA. Lambat la.... Last2 saya amik slip kertas yang dia suruh pegi KK tu, saya simpan dalam poket. Saya kata slip tu takde. Nurse cakap, takpelah. laaa....senang je camtu.. sib baik tak pegi KK. Untuk next check up amik darah kat KKIA je. kan mudah. Yang sebelum ni, nurse lain, minggu ni nurse lain...bergantung pada nurse kot. Mls nak buat kerja banyak, tu yg byk mnyusahkan kita. huhu

Minggu depan ada check up untuk 36 minggu. Skali dengan scan. Husband dah amik cuti siap2 dah. hehehehe. Mestila dia kena ada di sisi. Baby nak jumpa dengan abah dia. (^_^)

Minggu ni dah tak boleh nak amik HB sebabnya Pembantu Makmal takde jaga kat klinik tu. Sebab tu nurse suruh saya pegi sendiri kat KK kot. Tp dah alang2 minggu depan ada check up lagi, amik darah minggu depan jela. hehe.. Sib baik nurse yang check saya tu baik. (^_^) Nurse bagi krim sapu kat vagina. Bagi kurangkan melecet. hihihi.

Berat dah naik sekilo. Padanlah dengan perut saya dah besar. Daripada 63kg dah naik 64 kg. Ingat lagi masa awal2 pregnant, masa tu berat 54 kg. Dah naik 10 kg. Dasyat. Baby pun dah semakin aktif bergerak. Sakit jugak kadang tu. Tersentak ibu, sayang.

Saya rasa dah nak cuti dah sekarang. Malas dah nak kerja la. Dah tak larat nak ke hulu ke hilir. Saya betol2 tak larat. Tapi due date lambat lagi. bulan 5. Takkan nak amik cuti rehat. Rugi la. (T_T)

hmmm... semalam abah plak tepon. Katanya excident. Orang laggar kat depan. So, apa2 pun claim atas orang yang melanggar tu. Hari ni plak abah call nak beli kete baru. Dah kete tu selalu je excident. Biasa la. Bila dah selalu excident mula la pikir nak beli kete lain. Nasib baik semua selamat. Kereta je la. Mak dah la baru segar pulih. 28 hb masuk hospital balik. Sebab dalam badan nya ada tiub. Mungkin nak buang tiub tu kot. Harap2 mak sihat walafiat.

Sejak dua menjak ni asyik kerap kencing je saya ni. Memang camni kot. Pagi buta pun terasa nak kencing. Banyak kali plak tu. Saya bajet macam bersalin awal. Tapi tak tahu lah kan. Tapi saya nak bersalin kat Hospital Kemaman la.

Hujan kat Ipoh setiap hari. Malam2 sejuk plak. Biasa panas je. Sebelum ni pasang dua kipas sekali gus pastu tak berselimut pun. Sekarang ni dah sejuk dan tidur berselimut dah. Kejang kaki biasala bila dah sejuk2 ni.

Hari jumaat ni, husband datang ipoh. yeye!! (^_^)






thanks sudi baca (^_^) Jumpa lagi

Tuesday, April 16, 2013

Perkembangan Janin Dalam Rahim "ibu"

Indahnya ciptaan Allah SWT kan. Dari seketul darah akhirnya menjadi seorang manusia. Berderau darah mengalir dalam tubuh saya bila tengok video ni. Baby ibu macam ni la kot dalam perut ni (^_^)

Pagi2 atau tengah malam duk gerak2 tendang2 geletek2 ibu sampai ibu tersedar dari tidur. 


One day ibu hope  u will read this, Baby sayang...

Anakku Sayang,
Ibu tak sabar nak melahirkan kamu sayang. Ibu memang la rasa gementar, takut masa bersalin nanti. Macam2 perasaan ni. Tapi ibu kena jugak tempuhinya. Ibu dah sedaya upaya mendidik kamu dari kamu dari dalam kandungan ibu lagi tau. Setiap pagi nak pegi keje, ibu pasangkan ayat2 al Quran. Abah baby yang bagi kat ibu. Nak pegi kerja, dalam kete, ibu pasangkan lagu Maher Zain. Kalau la kamu lelaki, muka ala2 maher zain tak?? huhu... Abah kamu tak bagi ibu nyanyi lagu2 yang bukan2 merapu entah apa2 tu. Siap burn cd Maher zain n Zikir munajat tuk pasang masa perjalanan pegi dan balik keje. Lepas sembahyang magrib, ibu mengaji alQuran. Dari awal ibu mengandungkan kamu, ibu start baca dari awal dan sampai sekarang dah nak khatam dah alQuran. InsyaAllah sebelum kamu dilahirkan, ibu dah khatam alQuran. Ibu baca sampai la masuk waktu isyak. Kamu kena tahu, abah kamu amat menyayangi kamu seperti ibu menyayangi kamu tau. Ibu dan abah dah la berjauhan. Abah call ibu, buat loudspeaker tuk cakap dengan kamu. Ibu letak la kat perut ibu. Dua minggu sekali ibu berjumpa dengan Abah kamu tau. Saat berjumpa, Abah kamu selalu cium perut ibu. (cium kamu). Kamu bergerak2, tendang2 geletek ibu dalam perut ibu ni, ibu rasa bahagia sangat. Walaupun kadang tu ibu rasa sakit. Ruang pada perut ibu dah sempit. Tu yang ibu rasa sakit. tapi tak pe, ibu sayang kamu kan.... Bila dah lahir nanti, kamu jangan banyak nangis tau. Ibu sentiasa doakan kamu sentiasa sihat. Keluar ikut pintu tau. Ibu nak bersalin Normal sayang. Ibu akan menunggumu. Jadilah seorang anak Ibu Abah yang baik tau. Sayangi Ibu Abah sepertimana Ibu Abah sayang kamu. 

LOVE,
♥ ibu 

Monday, April 15, 2013

Going Wedding Nora and Yusuf


TAHNIAH NORA & YUSUF. SELAMAT PENGANTIN BARU



Penat semalam pergi kenduri kawin member uitm. Sampai Ipoh pun petang kira2 kul 6 ptg. Hari ni pun masih rasa penat. Tambah pulak rasa perut dah kat bawah dah. Sakit jugak kadang2 tu. Dapat jumpa kawan2 uitm semalam kn, rasa seronok sangat. Rindu sangat. Tapi yang dapat half je. Ada lagi yang tak dapat datang. tapi takpe la. Len kali pulak la jumpa.

Masa kat kenduri tu, terus jumpa pengantin, pengantin berseri2. Cantik sangat. Nampak Seri muka. Nora is my friend. Her husband satu batch dengan abang saya, PPKP kat Kolej Kesihatan Sungai Buloh. Klakar pulak kawin sama2 IK ni. hehehe. Ramai jugak kawan2 saya yang jumpa jodoh sama2 IK. Eh, my husband IK jugak.. huhu. 

Semalam cuak giler kunci kete hilang. Abis2 fikir dah letak kat mana kunci tu. Sampai fikir nak tukar kunci lain tapi kena charge rm400. Mana nak cari duit banyak tu. Dah la tak banyak buat OT bulan ni. Sebab dah sarat. Lepas bersalin nanti, insyaAllah kerja keras sikit la nak dapatkan duit lebih. Ada certain2 jela barang baby yang belum beli lagi. Takpe la duit banyak habis pun. Untuk Baby ibu yang tersayang... (^_^)

Semalam masa kenduri jumpa "mak buyung" jugak. Kawan baik saya. Nama Elisha. Dia dah 4 bulan preggy. berseri wajah keibuan. Dia IK. Kawin dengan IK jugak. Kami satu batch UITM. Nanti anak sama umur la. hihi (^_^)
Dalam Perjalanan ke Bagan Datoh (Kenduri NORA &  YUSUF)
Ni la Elisha (^_^)
(Berpeluh2 saya masa kat kenduri. Panas)
My Lovely Friends
Comel2 Semua
hehehe. Sayang korang
thanks sudi baca (^_^) Jumpa lagi

Thursday, April 11, 2013

Sarat Bekerja dan Sarat Mengandung?

Salam,
Waktu dah dekat dah. Saya masih lagi bertahan untuk kerja luar. Kena la rajin, nanti baby akan rajin mcm ibunya. (^_^).. eh, abah baby pun rajin gak. hihi. Baby baby baby (^_^)

Semalam saya berhajat nak tahu jantina baby melalui mimpi. Saya mimpi seorang bayi tapi seakan bayi lelaki. Adakah bayi yang saya kandung ni jantinanya lelaki jugak? suspen!! huhu.. Dalam mimpi tu, saya mendodoikan bayi tu untuk tidur. Tersenyum sendiri bila mengenangkan mimpi tu. hihi..

Bos saya pun dah tak brapa bagi saya buat kerja luar. Tapi kan, ada jugak manusia yang cemburukan saya. Dengan orang pregnant pun nak jeles... adoi~!! tapi takpe takpe takpe... sabar sabar dan sabar.... senyum senyum dan senyum (^_^) 

Saya tetap bekerja macam biasa. Tapi saya tak buat kerja berat sangat pun. Keluar inspection tu ada la jugak. Mesti la kena banyak berjalan. Baru senang bersalin kan. Orang cakap kan, perut saya dah besar sangat dah. Takut pun ada tengoknya. Kembar ke? hahaha.. mujur la sangat kembar kan. Teringin jugak nak anak kembar. Rezeki di Tangan Tuhan, Allah SWT. 

Saya kongsikan gambar masa persampelan makanan yang dibuat di Pasaraya Giant. 

thanks sudi baca (^_^) Jumpa lagi
Tengok list sampel. (Banyak gak tu)
Dokumen yang perlu ditandatangani

Pemilihan sampel
Code mesti sama
"Jap ye nak susun"
Dokumenkan





Tuesday, April 9, 2013

Check up 33 weeks














Alhamdulillah syukur Allah Yang Maha Esa Tuhan Sekalian Alam


Baby saya dah pusing jugak akhirnya... Tak sia2 saya amalkan sujud... klik link ini Elak baby songsang
Kena suntikan Tetanus kali ke dua tadi..sakit jugak la. Time kena cucuk tu jela sakitnya. Lepas tu dah tak sakit dah. Masa 1st suntikan tangan rasa kebas. Suntikan kali ke dua ni, tak rasa kebas dah. Dah kebal kot..huhuhuhu

Nurse terkejut berat badan saya dah turun 0.6kg. Semalam saya cirit birit. Tapi tak berpanjangan pun. Kalau berpanjangan, kena terus pegi labor room. Alhamdulillah saya dah sihat kini. hihi. Semalam makan nasi sikit je. Tak lalu makan. Rasa nak muntah. Makan jugak nasi sikit sebab kecian kat baby. Tapi baby aktif bergerak bermain dgn ibu yer. (^_^)

Sekarang dah 63kg. Berat la jugak. Perut besar. Baby kian besar. Badan saya besar sikit..hihi. Nurse bagi briefing tentang demam kuning. Katanya, Kuning baby boleh merencatkan otak baby dan IQ boleh jadi rendah. Bagi mengurangkan, bagi susu ibu. Jangan campur dengan susu formula. Jangan buat andaian sendiri. Kalau Nurse suruh pergi hospital, pegi je. Sayang la kat baby anda. Kat hospital semua kelengkapan ada. Baby letak dalam incubator. Memang kita tengok kecian kan, tapi untuk kebaikan baby, insyaAllah selamat dan sihat. Ada yang cakap, suruh jemur la apalah, sekarang pemanasan global tinggi bukan mcm zaman dulu2. Mengarut je semua tu.

Biasa la check up kat klinik kerajaan memang lama. Kalau 2 jam lebih menunggu tu dah memang biasa lah. Kena banyak bersabar. Dah la takde Wifi. Takleh nak buat apapun. Just tengok TV je kat klinik tu. huhu. Bosan jugak bila duk menunggu. Ada jugak Baby2 kat situ, sejuk mata tengok gelagat baby (^_^) Saya tak sabar nak lahirkan baby dalam kandungan ni.






thanks sudi baca (^_^) Jumpa lagi

Thursday, April 4, 2013

Persediaan Untuk Menyambut "New Born Baby"


Salam,
Sedikit sebanyak yang ingin saya kongsikan kepada semua. Dah banyak list dalam internet yang saya carikan. Saya biasa carikan yang simple2 je. Baby cepat membesar. Biasanya Baby pertama kita mesti excited nak beli banyak benda kan. Jangan gaduh2. Kita perlu jugak tanya pendapat orang lain jgk. Mak kita, kawan kita, kakak ipar, mak mertua atau sape2 la. huhu

Senarai ni ada saya tak spesifik kan sangat. Just simple2 je. Ada benda kita perlu beli kemudian. Ada benda kita perlu beli sekarang. Nak beli semua sekaligus memang payah la sikit mengikut pada bajet. Kena la beli sikit2 dulu. Alhamdulillah ada jugak yang sedekah kepada saya. Terima kasih (^_^)


~~ Senarai untuk Kelahiran Baby ~~
1.Kad Lawatan Hospital atau Kad Merah  /
2. Kad Pengenalan ibu  /
3. Baju atau Blaus (5 helai)  /
4. Stoking (2 Pasang)  /
5. Kain Batik (3 helai) /
6. Bra (3 helai)  /
7. Peralatan Mandi  /
8. Panties (5 helai) /
9. Maternity Pad
10. Selipar  /
11. Termos Air Panas  /
12.Beg Plastik  /
13. Sikat  /
14. Breast Pad
15. Makanan dan Minuman
16. Beg baby  /
17. Baby Diapers
18. Baju Baby (3 helai)  /
19. Minyak telon  /
20. Tuala Mandi  /
21. Stoking dan sarung tangan baby  /
22. Peralatan mandi baby  /
23. Selimut  /
24 Barut baby  /
25 Topi  /


Banyak lagi barang yang tak beli tu... yang takde tanda (/), saya masih mencari lagi....
Barang2 ni semua kena letak siap2 dalam kereta. Yelah, dah 8 bulan dah ni. Bila2 masa baby boleh kuar. Tapi saya selalu cakap dengan baby, "Baby kuar kat Hospital tau. Keluar ikut pintu tau dan Mesti ada Abah baby kat sebelah...dan nak kuar tu mesti bulan 5 dan bagi tanda2 dulu yer" hehehehe...
Berdebar saya bila dah nak jadi ibu ni. (^_^)

thanks sudi baca (^_^) Jumpa lagi

Rindu ibu saya

Doakan Kesihatan ibu saya
klik ---->    Doakan Kesihatan ibu saya


thanks sudi baca (^_^) Jumpa lagi

Petua Merawat Kulit Perut Pecah



Kecantikan semasa mengandung pun masih lagi nak jaga. Kadang tu kita dah bubuh losyen pun masih perut merekah gak sikit. Itulah pengorbanan seorang ibu dan selaku seorang isteri. takkan la suami dah tak sayang kita bila tengok perut dah krekkkk...huhu.. Husband saya pun selalu cakap, tak pe je perut tu. Nanti hilang lah. Kalau ada kesan pun takpe. Dia Faham. Lagipun, mengandungkan anak dia jugak kan.

Ni ada la sikit petua yang saya amalkan masa bujang untuk mengempiskan perut buncit. Petua ni pun boleh di amalkan untuk menghilangkan parut aka "stretch marks". Nanti lepas bersalin, saya nak try yang ni. Mari la kita sama2 jaga kecantikan diri. Untuk suami kita (^_^)
Sekarang saya guna produk ni semasa mengandung 



thanks sudi baca (^_^) Jumpa lagi

Wednesday, April 3, 2013

Doakan Kesihatan Ibu saya

Assalamualaikum (^_^)

Baru je sampai ipoh... lepas subuh pagi td gerak dari KL.

Hari Ahad pukul 3 pagi saya dikejutkan dengan berita ma saya masuk wad sebab sakit dada.. adik saya eka yg telefon. Terus saya tepon abah tnya keadaan sebenar. Doktor ckp mungkin jantung bengkak. Sebak saya pagi tu. Nasib baik husband ada disebelah. Husband pn baru sampai Jumaat mlm tu. Saya rasa tak tak tenang. Telefon abg Aslam yg berada kat Ampang, KL ajak balik kampung segera. Isteri Abg Aslam (kakak ipar saya) keje malam, so, kena la bertolak pagi keesokkan harinya. Malam tu jugak dari Ipoh ke KL sbbnya pagi esoknya nak balik kg gak. Kesian kat husband, sepatutnya dia kena keja ada program. Maklumlah dia jaga Bilik Gerakan Pejabat Kesihatan. Saya tahu husband risaukan saya. Yelah, saya ni dah 8 bulan dah. Tunggu masa je ni. Bulan depan dah pun. kejap je masa berlalu.

Sampai kat Kemaman terus ke Hospital kemaman jenguk ma. Nasib baik time dah sampai tu tepat2 waktu melawat. Sebak kejap tengok ma. Badan Ma panas. Ma demam. Saya lap badannya. dan ma sempat melawak lagi dengan saya, katanya " busuk dok ketiok ma? sebab dah 2 hari dok mandi".. Seriously, takde bau busuk pn sepanjang saya berada di sebelahnya. Bila nak lap kat dadanya, ma ckp sakit takleh nak tekan kuat. Tekan sikit pn dah sakit. Kesian ma. Adik sayalah , Eka yg jaga ma sepanjang kat wad. Ma tak lalu nak makan. Minum air je. Nak bangun pn tak larat. sedih lahh~ T_T

Just 2 hari je balik kg. Masa nak bertolak ke KL, saya tengok ma dah ok sikit lah. Badan dah kurang panas dah. Ma pn dah mandi tp doktor suruh puasa sebab nak Scan. pukul 2 waktu melawat habis dan ingat nak terus balik KL lah. Ma tanya jam sudah pukul brapa. Eka ckp pukul 3 nak gi Scan. Ma dahaga sangat. Bayangkanlah ma dokleh nak minum air sbb doktor dok bagi. Takut tak nampak pastu kena pegi banyak2 kali pulak. Saya takleh lah tengok ma saya kekeringan dahagakan air. Tak kira lah, saya suap jugak air. Tak tergamak saya tengok ma saya layu dah badan lemah camtu. Bagi lah minum sikit.

Masa waktu melawat habis, sebak saya meninggalkan ma kat hospital. Saya sempat bg semangat kat ma supaya lawan sikit sakit tu. Masa perjalanan balik KL, Eka telefon bgtau ma dah nak pegi scan. dan doktor bagitau ma sakit hempedu. Ada batu hempedu. Kena transfer ke Hospital Kuantan pulak hari tu jugak. Mungkin kena Operate. Abah tak selalu call anak2 dia bagitau info2 terkini tentang ma.

Saya minta semua kawan2 saya doakan kesihatan ibu saya. Ya Allah, sihatkanlah dia. Tiada penyembuhan lain selain dari PenyembuhanMu Tuhan semesta Alam. Amin.......


Gambar kat bawah ni gambar raya tahun 2011.
~Eka dan Ma~

~Dengan Abah~

Dengan My Lovely Ma


thanks sudi baca (^_^) Jumpa lagi