Pages

Thursday, July 4, 2013

Perkahwinan eka & Lehin (adik perempuan saya)

Assalamualaikum..\
hai semua..
Saya just nak share majlis perkahwinan adik saya. Adik saya tu nama sebenar Nurefaizam bt Mohamad Ariff. dan suami nya Solihin. Berlangsungnya perkahwinan dia pada 10 mei. Time tu saya tengah sarat preggy lagi. Nikah malam 10 mei. Kenduri perkahwinan tak buat sebab mak saya masih sakit. Buat kenduri pun sebelah lelaki je. Sambut menantu. Saya tak pergi pun sebelah lelaki sebab time tu saya kat spital. huhu. (tapi tak branak jugak)

Tema kat rumah saya warna biru putih. Masa akad nikah warna kelabu. Semua ahli keluarga datang. Husband saya jadi jurugambar. hehe.
 
Ada sedikit gambar yang boleh saya kongsikan.
 
Haha..Gambar saya di warnakan. Apapun, Tahniah eka dan suami.hehe

Family saya

Kami adik beradik dah kawin. Tinggal lagi 2 org je daripada 5 adik beradik
 
SELAMAT PENGANTIN BARU (^__^)

Kami pun bergambar jugak...peace!!


thanks sudi baca (^_^) Jumpa lagi

Susu ibu yang terbaik

Assalam....
Dalam pantang ni banyak pulak update blog. Baby busyuk (Amni) tengah tidur. Baru senang nak menaip. huhu

Berat Amni pun dah semakin bertambah. Bambam dah anak ibu. dari 2.55kg ---> 3.2kg --> now 4.1kg. Oke la ada peningkatan kan. Maknanya, susu yang diberi cukup untuknya. (^_^)

Mula2 susu ni sikit sangat. Malam2 nangis jugak sebab susu badan saya sikit.  Sampaikan Abah Ma saya syorkan bagi minum formula milk. Tanya husband, dia tak bagi la. Husband nak Amni diberi susu ibu sampai 2 tahun. Sup lobak putih boleh banyakkan susu, tapi saya tak suka lobak putih. Rasa dia macam @#%$%. huhu.

Berurut 3 hari berturut2 baru lah ada susu. Memancut2 lagi. Husband belikan air horlicks. Horlicks boleh banyakkan susu gak. Susu kambing HiGOAT pun saya minum. Makan kurma. Banyak susu. Coli saya pun dah kena tukar saiz besar sikit. huhuhuhu

Amni isap susu lebih 10 kali sehari. Malam2 merenget2 nak susu, 4,5 kali jugak la. Berak pun banyak. Bila waktu malam kurang isap susu, 1,2 kali je, (Amni ngantuk sangat) , bengkak la susu masa bangun tido. Dah celik mata, terus isap susu sampai kempis miss B.

Susu ibu banyak khasiat.

1) Membantu mengecutkan rahim dan mengembalikannya kepada saiz asal dengan cepat. - Proses pengecutan rahim dan membakar 200 hingga 600 kalori sehari. Boleh la rancang tambah anak lagi...hihi

2) Membakar kalori dan mengembalikan bentuk badan asal dengan cepat. -Boleh kurus balik dan kembali kepada berat ideal.

3) Mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.

4) Menjarakkan kelahiran jika mengamalkan penyusuan ibu sepenuhnya. - Tapi kena pandai2 la rancang. hihi
Baby Amni akan dapat khasiat jugak.

1) Bekalkan nutrien terbaik
2) Keperluan nutrien dalam susu ibu berubah mengikut keperluan baby yang sedang membesar.
3) Kolestrum dalam susu ibu menguatkan sistem imuniti. Ia melindunginya daripada jangkitan seperti selsema,cirit-birit, bronkitis dan radang paru-paru.
4) Cegah masalah alahan seperti asma, ekzema dan kolik bayi.
5) Mempunyai nutrien untuk perkembangan otak.
6) Susu ibu mudah diperolehi pada suhu yang betul setiap masa.

Pemberian susu ibu, baby kurang demam. Orang kata, baby akan demam jika diberi suntikan Hepatitis B. Tapi Alhamdulillah, baby Amni kuat. Minum susu ibu. Kurang sikit demam. Panas jugak badannya keesokkan harinya.



Petua Mudah Tambah Susu

Kerapkali terdengar cakap-cakap di kalangan ibu baru bersalin tentang susu badan yang semakin berkurangan. Sebenarnya ada petua mudah yang boleh diamalkan bagi mengelakkan masalah tersebut.

1. Kerap menyusu - Semakin kerap ibu menyusukan bayi, semakin banyak susu akan terhasil. Jadi, galakkan bayi untuk lebih kerap menyusu. Penyusuan di antara 10 hingga 12 kali atau lebih dalam tempoh 24 jam akan merangsang hormon prolaktin yang menghasilkan lebih banyak susu.
...
2. Amalan tradisi - Petua orang lama mengamalkan pemakanan tertentu bagi menambah susu. Ia tidak terhad kepada masyarakat Melayu sahaja. Malah, kaum Cina dan India turut menggunakan kaedah yang sama. Antara jenis makanan yang dipercayai menambah susu ialah, ulam-ulaman (pegaga, peria, raja, turi, betik, jantung pisang batu dan lain-lain), lobak putih, ikan yu dan banyak lagi.

3. Makanan herba - terdapat beberapa jenis rempah yang biasa digunakan dalam masakan harian membantu menambah pengeluaran susu. Paling popular ialah halba. Selepas dibeli, cuci halba dengan sempurna dan keringkan. Kemudian simpan di dalam bekas bertutup dan makan sesudu halba setiap hari. Antara herba lain ialah jintan hitam. Cara pengambilannya sama seperti halba.

4. Minum air minimum 3L sehari - selain daripada pemakanan yang berkhasiat, air juga perlu cukup. Ada pendapat mengatakan ibu perlu minum sehingga lapan gelas air sehari. Namun, paling penting anda harus minum air kosong mengikut keperluan tubuh. Selain air kosong, anda juga boleh minum minuman lain seperti susu, air kacang soya dan jus oren segar. Jus oren segar berupaya meningkatkan penghasilan susu,

5. Posisi yang betul- dapatkan posisi yang betul setiap kali menyusukan bayi. Paling utama, anda perlu memastikan bayi melekap dengan betul. Jika anda menghadapi masalah untuk mendapatkan posisi yang betul, dapatkan tunjuk ajar daripada jururawat, doctor atau pakar laktasi tentang teknik dan posisi yang berkesan.
 
Kita menyusukan anak dapat menjalinkan hubungan dalaman yg cukup erat antara ibu dah anak. Amni sayang ibu, Ibu sayang Amni. (^__^)

dah tembam dah amni



 
thanks sudi baca (^_^) Jumpa lagi

Wednesday, July 3, 2013

Berpantang selepas Bersalin

Assalam...
Alhamdulillah saya dah abis pantang 44 hari. Ingat duk umah Ma sampai habis pantang ni, tapi husband suruh duk lagi 2 minggu. Boleh la pantang 60 hari (make love). hihi.. Abah Ma saya sayangkan cucunya. Tapi Adik bongsu saya degil sangat! selalu buat bising. Kesian Amni takleh nak tido mana. Larang pun buat jugak. ish! Kadang tu, lepas geram jugak kat dia. Geram sangat.
 
ni la adik bongsu saya yang nakal. Takleh duk diam.
 
Masa sebelum bersalin dah pikir, jenis set berpantang apa yang nak dibeli. Maksu saya cadangkan produk Nonuroguy. Tapi tak amik set la. Mahal! Saya amik phytonatal je. Saya makan seminggu berpantang. sebab takut baby kuning. Alhamdulillah baby Amni sikit je kuning. Takdela sampai kena tahan wad.
Makan ni senang nak berak n elak buasir.
Setiap pagi dan petang, saya akan bertunku. Dalam setengah jam or sejam jugak bertunku. Sampai merah2. Nak bagi kecut peranakkan. Saya tak buat hari2 pun, ada jugak ter "miss". huhu
 
Berurut jugak. 3 hari berturut2. Dua hari beurut, Tok Long (bidan kampung) akan mandikan saya dengan daun herba (Daun Serung). Mula2 mandi dengan air biasa dulu. Pastu baru mandi dengan air rebusan Daun Serung. Tak payah bilas dengan air biasa dah. Bayaran bidan kampung ni rm100 selama 3 hari. Kira oke laaa...Lepas berurut baru rasa segar sangat. Jalan pun dah laju. Cergas! (^_^)
 
Saya berbengkung jugak., bengkung dari Mustika Ratu. Sebelum bengkung, sapu Losyen pati halia De'Herbs.
 
Harga RM26. Berkesan jugak. Panas sangat. Saya sapu pun tak guna tangan, sebab nak pegang baby kn.
 
Dalam pemakanan pun berpantang jugak. Seminggu awal bersalin, makan nasi ikan bakar kunyit je. Takleh makan ayam lagi. Dah la ayam tu feveret. huh~ sabar jela..
 
Dah lama sikit baru boleh makan ayam. Tapi takleh makan kulit ayam. Nanti gatal kat Miss V. Nak pakai lama kan, kena la jaga betol2. Yang penting, kena banyak minum air masak. biar kencing banyak pun. Lagi cepat luka sembuh. Lepas mandi buh ubat kuning yang klinik bagi tu. Time husband cuti, dia la yang sapukan. Kalau tak, saya sendiri buat depan cermin. Bagi jugak Ma tengok kat bawah ni dan boleh bagi komen kalau belom atau dah sembuh ke. Saya sapu ubat gamat jugak.
 
Bayangkan la, hari2 masa berpantang ni, saya makan nasi dengan sup sayur sawi dan ikan bakar kunyit. Sup sawi tu ada jugak ketulan ayam jugak. hihi.
 
Tu jela kot yang saya sempat kongsikan di sini.
 
Cara memakai bengkung.
 
 thanks sudi baca (^_^) Jumpa lagi

Nama Diberi "Nur Amni Adawiyah"

Assalamualaikum.

Susah gak nak pikir nak bagi nama anak. Husband siap beli buku nama anak2 Islam lagi. Masa saya pregnant, saya dah pikir nak bagi nama apa kat baby. Nur Balqis Safiyyah. Kawan saya cakap macam bedak. Safi Balqis tuu..haha.. Kawan saya (PA Kesihatan MBI) sms bagitau jangan letak nama Balqis. Balqis tu anak jin. saya cek dalam google, memang betol pun. Abah saya cakap camtu gak. tapi yang pelik, kan nama tu ratu atau isteri Nabi Sulaiman kan. hmm~~

Dalam perubatan islam ada mengatakan kalau nama balqis ni, mungkin akan terima penyakit2 ganjil. Allahualam la. Saya tak berani nak sahihkan nya. Saya bagitau husband, husband marah pulak. Jangan percaya sangat. Yelah....(=.=)"

Husband nak letak nama Adawiyyah. Tapi saya nak letak Amni. Amni maksudnya Ketenangan, dan Adawiyah maksudnya Ubat Penawar. So, kitorang gabungkan jadi la Nur Amni Adawiyah.

Baby bangun tido, celik mata, saya panggil Amni. Banyak kali panggil Amni, tak nangis pun. Maknanya dia suka la nama Amni (^__^) orang tua2 cakap la.. hihi

Dah setel nama anak, Abah baby pegi buat pendaftaran surat beranak. Kira selesai. Alhamdulillah.

Kami sudah bertiga.. love

Amni dah andai senyum walaupun masa ni baru berusia 7 hari (^_^)

Menunggu kelahiran Amni

Kesayangan ibu dan abah



thanks sudi baca (^_^) Jumpa lagi

Saat Bersalin Baby


Salam...
hari tu saya update pengalaman keluar masuk hospital. Ada jugak tercatit pengalaman berada di labor room. Kali ni saya cerita dengan lebih detail. Jangan meremang bulu roma pulak. hihi


Dah 3 kali keluar masuk hospital sebab contraction. Biasa la anak pertama ni kita tak brapa tahu sangat sakit ni bila betol2 nak bersalin. Memang sakit. Kadang2 mengeras. Dalam hadis ada menyebut, sakit itu penghapus dosa2 kecil. mungkin saya ni banyak dosa. Tu yang kerap sakit sebelum bersalin. MasyaAllah. Insaf.

Bila dah di Labor Room (LB) Hospital Kemaman, hati ni takde rasa debar2 pun. Nurse kat LB baik2 semua. Dah terbaring kat katil baru rasa berdebar. Hati dan fikiran mula bertanya2. Betol ke dah nak bersalin ni. Serius!! Rasa cam tak percaya je time tu.
 
 
Oleh kerana bukaan 3,4 cm tapi saya kena induce jugak sebab nak cepatkan proses bersalin. Dah keluar air ketuban kan. Mestila risau. Nanti ada jangkitan kuman.
 
Nasib baik husband boleh masuk LB. Nurse cakap dia dah panggil tapi takde pun. Saya tunggu la jugak. Last2 saya telefon husband, husband kata, takde pun yang paggil dia. hmmm...Nurse ni biar betol. Husband pun panggil nurse mintak nak masuk LB. Alhamdulillah. Husband di sisi.
 
 
Saya memang dah hafal doa mudah bersalin ni. " la ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minalzolimin ". masa proses bersalin, husband tolong bacakan banyak kali. pegang kepala, belai rambut, dahi, kucup dahi pipi. (yelah, kira bagi semangat) hehehe...gedik! (>__<)
 
Induce dalam pukul 4.30, saya dah disuntik ubat tahan sakit yang boleh melalikan sekejap. Saya tak tido pun. Just pejam mata je. Husband keluar solat magrib pukul 7.30pm. Saya tahan la nak tunggu husband. Dalam pukul 8pm, baru saya rasa perit sakit yang teramat. (rasa cam cirit yang luar biasa). Nurse suruh tahan sebabnya nak tunggu bukaan 10 cm. Takut takde tenaga. Saya dah bantai (makan) Nasi Ayam yang abah bagi sebelum masuk ke LB. Mestila tenaga masih ada. Saya memang tak boleh tahan dah saya tarik nafas panjang2 dah push 2 kali, akhirnya baby pun keluar. ALHAMDULILLAH.
 
Nurse ucap tahniah kat saya dan bagitau saya pandai push, dalam 8cm je baby dah keluar. Cara push, jangan angkat punggung, kedua belah tangan pegang pergelangan kaki, dan tarik nafas panjang2 dan push bila rasa sakit. Tu je. Tu pun saya baca dalam persatuan ibu2 comel mengandung. hihi. Saya menjerit sebut Allah kuat2 masa push yang terakhir. Nurse tegur jangan jerit kuat sangat, malu org dengar. (bagi saya lantak la) dah sakit kan, huhu
 
Saya rasa badan saya lemah sangat. tak berdaya nak angkat tangan. Saya dengar tangisan baby dan nurse tunjuk dan tanya jantina baby. PEREMPUAN. Nurse korek2 lagi kat dalam mis V ni nak keluarkan uri. Lepas keluar uri, korek lagi nak cuci (pastikan tiada daging uri lagi). 5 minit kemudian, darah keluar (banyak sangat) Nurse terkejut. Husband cakap saya banyak tumpah darah. Tapi takde la sampai transfer darah lak.huhu. \
 
Nurse letak baby atas dada saya. Terharu sangat. Husband pun azan dan iqamat masa baby kat atas dada. Masa tu, baby genggam tangan husband. Husband menangis terharu. Menitis air mata. Anak pertama kami. Hasil cinta kasih sayang.
 
Selapas bersalin tu, saya diberi minum air chocomalt tuk bagi tenaga balik. Perut saya sangat lapar. Keluar LB dalam pukul 11 lebih. Ma, Abah, Ika n suami, mat acim dan husband tunggu kat luar dah. Pindah kat wad balik. Husband n Ma je dapat masuk. Baby tak banyak ragam pun. Senyap je. Ingat nak bagi susu, tapi saya sangat-sangat tak berdaya nak bangun. Satu kucupan yang sejuk didahi saya (husband kiss) lalu dia kata, "terima kasih melahirkan anak abah". Saya hanya tersenyum jelah. hihi
 
Keesokkannya, pukul 7 pagi husband masuk dalam wad hantar makanan. Sebelum tu, saya dah pitam dalam bilik air kira dalam pukul 6 camtu. Masa tu, saya nak bangun nak mandi. Sebab nak susukan baby. Takkan nak susukan dalam keadaan n bau yang busuk. Saya pun tak sedar tetiba pengsan. Doktor kata saya darah rendah. Yelah, banyak darah keluar masa bersalin. Husband masuk hantar makanan. Banyak kali baby diciumnya. Sayang sangat kat baby. Husband tukar pampers. Menggelikan hati bila dia janggal nak angkat  pegang baby. Apatah lagi nak tukar pampers. Saya dah bersiap sedia kalau baby nangis nak isap susu. Tapi baby tak nangis pun. Ada jugak try bagi, tapi tak mau. (sebenarnya susu saya sikit je) huhu
 
Pukul 9 pagi doktor pakar cek rounded dan dia tak bagi saya balik lagi. sebab saya pitam dalam toilet. hukhuk (T_T).
 
Baby saya kena tahan wad bayi. Sebabnya baby dah tertelan air ketuban. Takut ada jangkitan kuman. Lepas doktor cek masa pukul 9 tu, baby muntah. Bukan muntah susu tapi muntah wane coklat gitu. Banyak kali jugak la. Saya pun panggil la nurse. Nurse rujuk doktor, dan doktor suruh tahan wad. sedih la berpisah sekejap kat wad. Saya kat wad 1 dan baby kat wad 2 (tingkat atas). Saya selalu jenguk baby kat atas, mana tahu kot nak diberi susu badan. Nurse bagi Formula Milk kat baby dan masuk air kat tangan. Saya sempat la bertanya bila baby saya boleh keluar wad. Nurse bagitau sekurang2nya 2 hari. sedih!
 
21 mei barulah saya dapat keluar wad dengan baby sekali. Husband dari KL. Husband dapat tukar kat Ipoh dah. 20 mei tu dia kena lapor diri dah kat JKN Perak. Dah setel semua baru dapat cuti seminggu.
 
Ni saya share gambar sikit..hihi


ni la ubat yang kena induce.(Pistocin).

kea masuk ubat tahan sakit So, rasa mengantuk la sikit

gmbar kecil yang kat bawah tu cardiotocography (CTG). cek jantung baby.

sodium lactate. masuk ikut tangan ni
 
 
 
thanks sudi baca (^_^) Jumpa lagi