Pages

Friday, May 31, 2013

Keluar Masuk Hospital sebab "Contraction" (Pengalaman)

Assalam..
Time ni saya tgh pantang. Dah lama tak update blog.. Baru sekarang update blog disamping baby disisi ni. Shh~ baby tgh tido..huhu

PERTAMA = Masih ingat lagi pada 27 hb 4, saya dimasukkan ke hospital Ipoh sebab Valva Hematoma. Darah Beku kat miss V. Operate buang darah beku tu. Sakit tau. Nak jalan pun sakit. Sakit sangat baru saya pegi hospital. Saya telefon la husband bagitau. Dia terus datang Ipoh dari KL. Sakit sangat dah operate. Lebih2 lagi bila ubat bius dah habis. Sampai menangis malam dibuatnya. Masa tu baby ada lagi dalam perut. Mesti terasa jugak baby sayang ni. Nasib baik Husband ada di sisi. Kecian plk dia kena korbankan cuti yang baki cutinya dah sikit. Sama cam saya la. Tapi saya dapat MC hari tu. hihi

KEDUA = Masuk lagi hospital Ipoh pada 3 hb 5, sebab contraction 3 kali dalam 10 minit. Masa tu saya pegi check up tuk 36 minggu. Kul 8 pagi menunggu giliran, dah rasa lain macam dah perut ni. Saya buat tak tau jer. Masa nak scan baby, nurse perasan perut saya mengeras. Nurse ckp la, saya takde rasa apa2 ke? pastu saya cakap rasa cam nak berak. Kelam kabut nurse. Diorang terus telefon Ambulans tuk hantar saya ke hospital. Sampai hospital, saya kena tahan wad selama 5 hari. huhu.. Emosi saya sedikit terganggu sebabnya, sepanjang kat wad, kawan2 sebelah keluar masuk bawak baby. Saya pula tertunggu2 baby keluar. Bukaan masih lagi 1 cm. Mula2 tip of finger. Pastu 1 cm selama 5 hari kat wad. Saya minta dengan doktor nak balik umah. (pssstt...makanan hospital ipoh kelas pertama sedap jugak..hihihi)

9 hb 5 balik Kampung kat Kemaman, adik saya nak kawin 10hb malam n sanding 11 hb tu. Alhamdulillah mak saya pun dah sihat sikit walaupun tiub kat perut nya masih ada. Doktor tak buang lagi. 13 hb mak kena masukkan balik ke wad sebab nak follow up operate hempedunya. Alhamdulillah sekarang mak dah sihat dah. 

KETIGA = Masuk lagi lagi hospital tapi Hospital Kemaman (dah sampai kg). Sakit contraction lagi. Kali ni memang sakit sangat2. Hari tu jugak, majlis sambut menantu adik saya kat Cerul. Tak dapat saya nak pegi majlis dia kat sana. Cek bukaan dah 2 cm. Saya ditahan wad selama 3 hari. Tension lagi sebab bukaan 2 cm jugak. ssakit kadang je. Mintak la dengan doktor, nak balik rumah. Akhirnya...

KEEMPAT dannn TERAKHIR

Kisahnya begini...

Lepas solat Magrib, duk baring2 sambil terfikir, bila baby nak keluar. Masa tu hari jumaat. 3 hari selepas keluar wad yang ke tiga. Termenung sambil baring tiba2 rasa segelombong air nak keluar dari miss V, saya terus bangun dannnn AIR KETUBAN keluar banyak. Saya panggil mak saya ---- mak saya panggil abah saya ---- abah saya terus call pakcik saya (abah saya sakit leher, susah nak drive. Tu yg mintak pakcik saya bawakkan saya ke hospital) Sampai hospital, cek bukaan 2 cm ( masih 2 cm ( =.=") hmm... Air ketuban masih lagi keluar tak henti2. Saya takut la nanti habis air ketuban, nanti baby lemas plak. Nurse hantar saya masuk wad. Doktor check n katanya tunggu 6 jam cek bukaan. Kalau 4 cm, baru hantar ke labor room. Macam2 saya fikir. Masa tu saya rasa takpe la saya kena paksa bersalin pun , asalkan selamat baby saya. Pecah air ketuban pukul 9 malam, pukul 6 pagi esokkan cek bukaan masih 2,3 cm. Waktu rehat pukul 1 tgh, abah saya bawak nasi ayam. Saya, Husband, dan abah makan sama. Abah siap tanya saya, bila nak bersalin? saya pun tak tau. kalau boleh, sekarang saya nak bersalin. Abah tanya lagi, " makan bukan main selera lagi, sakit tak sekarang ni?" dengan selamber saya jawab, tak sakit benda pun. sikit2 je. Lepas waktu melawat, kira2 pukul 3 camtu, doktor nak jumpa saya nak cek jalan bawah. doktor cakap 3 cm nak masuk 4 cm. Saya happy giler la. (tak rasa sakit contraction pn masa ni). Saya dimasukkan ke Labor Room. Ramai jugak la nurse yang selup tangan cek bukaan. ada yg ckp 3 cm, ada yg ckp 2 cm. Ahhh...lantak la. Dah sampai Labor Room ni takkan nak pulangkan kat wad plk kan. Lagipun, air ketuban masih lagi keluar ni (walaupun sikit). Masuk LR dlm pukul 3.00pm. Saya di induce masuk ubat  oxytocin  memang sakit la sikit. Sebelum tu, saya dimasukkan ubat tahan sakit dan saya rasa mengantuk lepas masuk ubat tu. Husband di sisi sentiasa bg semangat (Terima kasih sayang).  Induce dalam pukul 4.30pm. Rasa contraction dalam pukul 8pm camtu. Nasib baik sempat dengan husband yang keluar solat magrib sebelum tu. Akhirnya, saya dah tak tahan sakit dah rasa nak meneran teramat. Nurse bagitau, tahan dulu nak tunggu 10 cm baru teran. Ya Allah, mana saya boleh tahan bab teran2 ni. Saya cakap, "saya tak boleh tahan dah ni". Alhamdulillah dengan 2 kali tarik nafas, baby saya dah keluar. Lega semuanya selepas baby keluar. Bila mendengar suara tangisan baby saya, syukur alhamdulillah. Nurse meletakkan baby atas dada saya. Husband saya terus azan dan iqamat baby sambil menitis air mata (terharu). Kami betol2 terharu baby lahir dengan sempurna dan mudah semuanya. 









thanks sudi baca (^_^) Jumpa lagi

2 comments:

  1. Alhamdulillah..selamat semuanya...jauh pejalanan kena tempuh...2 buah spital masuk...dugaan nk melahirkan seorg insan..nk nangis org bace part yg terakhir tu...mesti saat tu indah sgt2 kn? subhanallah....

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah semuanya selamat.... nanti awak akan lalui jgk... (^__^) semoga awak pun selamat dan di permudahkan semuanya yek... mus tak sabar nak jadi ayah tuuu...hihi

    ReplyDelete