Pages

Wednesday, April 24, 2013

Check Up 35 Weeks

Minggu sebelumnya (check up 33 weeks), nurse suruh pegi klinik kesihatan Greentown dulu untuk amik darah baru pegi Klinik Kesihatan Ibu dan Anak. Saya malas la nak pegi 2 tempat. Nurse pun satu, kenapa la  menyusahkan ibu mengandung? (=.=)" Kena tunggu giliran kat KK pastu kena tunggu lagi kat KKIA. Lambat la.... Last2 saya amik slip kertas yang dia suruh pegi KK tu, saya simpan dalam poket. Saya kata slip tu takde. Nurse cakap, takpelah. laaa....senang je camtu.. sib baik tak pegi KK. Untuk next check up amik darah kat KKIA je. kan mudah. Yang sebelum ni, nurse lain, minggu ni nurse lain...bergantung pada nurse kot. Mls nak buat kerja banyak, tu yg byk mnyusahkan kita. huhu

Minggu depan ada check up untuk 36 minggu. Skali dengan scan. Husband dah amik cuti siap2 dah. hehehehe. Mestila dia kena ada di sisi. Baby nak jumpa dengan abah dia. (^_^)

Minggu ni dah tak boleh nak amik HB sebabnya Pembantu Makmal takde jaga kat klinik tu. Sebab tu nurse suruh saya pegi sendiri kat KK kot. Tp dah alang2 minggu depan ada check up lagi, amik darah minggu depan jela. hehe.. Sib baik nurse yang check saya tu baik. (^_^) Nurse bagi krim sapu kat vagina. Bagi kurangkan melecet. hihihi.

Berat dah naik sekilo. Padanlah dengan perut saya dah besar. Daripada 63kg dah naik 64 kg. Ingat lagi masa awal2 pregnant, masa tu berat 54 kg. Dah naik 10 kg. Dasyat. Baby pun dah semakin aktif bergerak. Sakit jugak kadang tu. Tersentak ibu, sayang.

Saya rasa dah nak cuti dah sekarang. Malas dah nak kerja la. Dah tak larat nak ke hulu ke hilir. Saya betol2 tak larat. Tapi due date lambat lagi. bulan 5. Takkan nak amik cuti rehat. Rugi la. (T_T)

hmmm... semalam abah plak tepon. Katanya excident. Orang laggar kat depan. So, apa2 pun claim atas orang yang melanggar tu. Hari ni plak abah call nak beli kete baru. Dah kete tu selalu je excident. Biasa la. Bila dah selalu excident mula la pikir nak beli kete lain. Nasib baik semua selamat. Kereta je la. Mak dah la baru segar pulih. 28 hb masuk hospital balik. Sebab dalam badan nya ada tiub. Mungkin nak buang tiub tu kot. Harap2 mak sihat walafiat.

Sejak dua menjak ni asyik kerap kencing je saya ni. Memang camni kot. Pagi buta pun terasa nak kencing. Banyak kali plak tu. Saya bajet macam bersalin awal. Tapi tak tahu lah kan. Tapi saya nak bersalin kat Hospital Kemaman la.

Hujan kat Ipoh setiap hari. Malam2 sejuk plak. Biasa panas je. Sebelum ni pasang dua kipas sekali gus pastu tak berselimut pun. Sekarang ni dah sejuk dan tidur berselimut dah. Kejang kaki biasala bila dah sejuk2 ni.

Hari jumaat ni, husband datang ipoh. yeye!! (^_^)






thanks sudi baca (^_^) Jumpa lagi

No comments:

Post a Comment