Pages

Thursday, September 26, 2013

Makanan yang boleh menambahkan dan mengurangkan susu badan

Assalamualaikum...


Sekejap susu banyak, sekejap susu sikit. Tak tahu kenapa. Kadang tu rasa susu keluar sendiri. Hari-hari pam susu. My husband bagitau ada faktor pemakanan yang menyebabkan banyak susu dan kurangkan susu. So, saya pun banyak la tanya orang dan research sendiri apa benda makanan tersebut.


1. Oat
Selalunya saya suka yang biskut. Kalau bubur, susah sikit. hehe. ataupun campur ke dalam minuman milo atau horlicks. Best jugak kalau salut oat pada ayam sebelum digoreng.

2. Kurma
Saya makan kurma hari2. Oleh kerana my husband sangat mendisiplinkan saya makan kurma hari2. Daripada saya pregnant lagi. Pegi pasaraya mesti beli kurma. Kurma Safiyya. Syafawi. macam2 la. Saya suka kurma yang lembut2. hehe

3. Kacang Buncis
Masak lemak atau goreng. my husband penah masak kicap. sedap!

4. Bayam & Sawi
Lepas balik kerja, pergi mydin beli bayam. Bayam yang ada daun merah2. Buat sup bayam, kuah jadi kaler merah. My husband masak. Sedap!

5. Lobak Putih
Memang dah tau lobak putih boleh banyakkan susu badan. Tak pernah makan lagi. hehe

6. Tauhu & Tempe
Not my favaurite actually. Setahu saya kan, tauhu boleh menyebabkan baby muntah.

7. Susu
Biasa orang buat kek atau puding kan guna susu. Saya minum susu dutch lady (^_^)

8. Halba
Dalam nasi dagang ada. Dalam sesetengah masakan ada yang letak halba. Saya temuh perut baby amni dengan halba. (^_^)

9. Jambu & Betik
Mak mertua dah bagi buah betik. Makan sikit2 je. hehe. Myhusband beli minuman fresh jambu batu.

10. Ketam
Ketam masak lemak. pergh!

11. Madu
Myhusband selalu buatkan air madu bagi saya minum. Saya tak berapa suka. Manis sangat. Tapi minum jugak. Khasiat kan.

12. Bawang putih.
Bagus untuk orang yang sakit sendi jugak.

13. Redraspberry leave & alfafa
Jenis tablet ada dijual di farmasi.

14. Milo, Horlicks, Teh hijau dan Barli
Buat hotdrink sedap tau.

15. Makanan yang mengandungi yis.
Sebarang jenis tapai dan juga roti

16.  Rich Milk Tea
Orang kata, minum teh boleh menyebabkan bayi perut kembung. Jadi, saya tak minum. Kesian baby nanti.

Ini jelah yang saya tahu dan research. Kalau korang tahu ada lagi yang lain, boleh kongsikan. (^_^)
MAKANAN YANG BOLEH MEMBANTUTKAN PENGELUARAN SUSU BADAN.

1. ULAM
Memang stress kalau susu semakin kurang. Kalau korang nak tahu, Saya ni dah la suka makan ulam. terutama ulam raja. Tup2 ulam ni merupakan salah satu makanan yang boleh mengurangkan susu. Patutlah susu semakin kurang. Di ikutkan hari2 jugak la makan ulam ni.

2. KOBIS
Patutlah susu kurang, Semalam makan KFC (coleslaw) haha

3. Minuman BerAIS
Sekarang kan musim panas. dah 4 hari dah tak hujan. Tidur malam pun panas. Memang tak lari minum ais. huhu. Tapi kan, minum ais banyak la yang boleh kurangkan pengeluaran susu.

4. HERBS
Nak jaga badan kan, saya makan la NONAROGUY punya produk. Bila dah tau macam ni, saya stopkan. Pappermint, parsli, sage, oregano pn boleh kurangkan susu.


Kesimpulannya, Jaga la pemakanan bagi ibu-ibu yang mahukan menyusu anak selama 2 tahun. Saya memang nak 2 tahun pun. Sama2 lah kita banyakkan susu badan. Apapun, banyakkan minum air suam & air masak. Tu yang paling UTAMA. Sekian.


thanks sudi baca (^_^) Jumpa lagi

Tuesday, September 10, 2013

Hari Raya Aidilfitri di Kulim, Kedah

Assalamualaikum..
Dah lama tak update blog ni. Raya dah lepas. Baru je nak share gambar hari raya..hehehe...
Mestila seronok kali ni sebabnya ada anak kecil Baby Amni kesayangan saya ni. hehe. Beraya di Labu Besar Kulim sebelah keluarga husband saya. Saya tak balik Kemaman Raya tahun ni. InsyaAllah raya tahun depan beraya sebelah sana pulak. Raya Haji nanti baru balik kemaman. Nak buat sekali akikah Amni.

Ramai yang tanya, seronok ke beraya sebelah husband. Bagi saya sambut hari raya memang seronok. tak kira tempat. Sedih jugak jauh dengan keluarga sendiri kan. Penant jugak pegi beraya. Hilang diet selama ni nak diet. lepas bersalin badan naik la sikit. tapi sekarang dah kembali ke berat asal dah. hehehe.. lagi turun sikit. daripada 54kg masa mula2 pregnant. Sekarang dah 52kg. Kadang2 je naik 54, 53kg. Tu pun kalau makan tak ingat dunia. huhu

Hari raya ke dua dah demam badan ni. Makan banyak sangat kot. Sampai muntah2. husband apa lagi mestila risau kot2 saya pregnant lagi. haha. Demam je. Cuti 4 hari la. Masa tu saya belum start keje lagi. huhu

Keluarga sebelah suami saya

Dalam gambar atas ni nampak saya gemooookkk... (T_T)
Amni nangis plk. comel. hihi

Masa ni dalam bulan puasa. Baru lepas pantang. Amni cam ngantuk nak tido. Location kat Sunway piramid sebelah baskin robin. hihi

kat rumah abang saya


Keluarga saya di rumah abang saya. Rumah terbuka.

Dah nak balik dah masing2 ni. posing dulu jap. ehe


Jamuan Raya MBI di stadium Indera Mulia

Best Friend datang beraya kat rumah




thanks sudi baca (^_^) Jumpa lagi