Pages

Friday, March 22, 2013

Alhamdulillah Makin Membesar Sudah Kandungan


Assalamualaikum semua..
Kandungan dah nak mencecah 31 minggu.. Minggu depan ada check up lagi... Pergerakan normal (^_^) tapi masih kepala di atas.. insyaAllah baby akan pusing....

Next Scan for 36 weeks (^_^)

Tak sabar menunggu baby lahir dan bersama umi n abahnya. Baby kena lahir waktu ada Abah baby tau.. Umi perlukan sokongan dari yang dicintai. 

Tiap2 pagi minum bergilir antara Susu Kambing & Horlicks..Kurma pun tak lupa dimakan. Kalau tak makan, nanti suami marah..huhu.. Berat badan dah nak mencecah 63kg.. Baby kian membesar.. Perut saya pun besar..hihi



Pandangan depan
Pandangan Sisi

thanks sudi baca (^_^) Jumpa lagi

Daripada Persatuan Ibu-Ibu Mengandung


admin and mommies...
saya pregnant dah 30 minggu...
check up n scan dah...kedudukan baby saya masih kepala kat atas la.. (songsang)
lepas magrib time dia gerak aktif bila saya baring...
masa dia aktif tu, saya terus ke posisi bersujud... tak gerak la pulak... bila baring balik, tenggelam timbul perut saya (tanda baby gerak pusing2)
camana nak buat ni... pagi2 sebelum pegi keja, saya pasang surah yasin masa tgh bersiap2 nak pegi keja.. dan saya rasa gerak bawah pusat lagi (kaki baby).. bila baby nak pusing eak... tolong semua...

Baby Idaman Shop

Like ·  · Share · Wednesday



Ini la post saya saya mintak pendapat ramai mommies daripada https://www.facebook.com/pages/Persatuan-Ibu-Ibu-Comel-Mengandung/112863158776550... terima kasih atas nasihat dan semangat yang diberikan. Saya menghargainya.

Anda boleh amalkan mengikut link ini http://eida8mei89.blogspot.com/2013/03/elak-baby-songsang.html

thanks sudi baca (^_^) Jumpa lagi

Tuesday, March 19, 2013

Pergerakan Bayi Dalam Kandungan



Salam semua...
Baby dah gerak tersangatlah aktif. Sampaikan saya takut apa yang baby tengah buat ni. Risau~!
Nurse cakap, lagi risau kalau baby kurang gerak. Pesanannya kalau baby kurang gerak 10 kali, terus pegi ke  "labor room". adui~!! takutnya....

Sekarang ni pun saya menaip baby tengah gerak aktif. Masa baring sambil tengok tv, nampak gelembung2 kecil baby tgh bergerak. Guling2 baby. hehehe. Pagi2 hari baby dah gerak. Kejutkan ibu bangun pagi sembahyang subuh kot. (^_^) Lepas tu baru abahnya kejutkan ibunya (telefon).

Perasaan bila baby gerak ni tak dapat nak ungkapkan. Saya tersenyum sendiri bila baby gerak. Abahnya selalu belai perut saya. Tolong sapukan minyak zaiton. Urutkan kaki. Dan macam2 la. Alhamdulillah dapat suami yang memahami (^_^)  terima kasih papa..


Kadang2 badan baby bergulung

Kadang2 baby melakukan pergerakan melompat
Kadang2 takut yang luar
Kadang2 baby menari dalam badan ibu
Kadang2 perut ibu akan mengikut tindakan apabila baby bernafas
Kadang2 baby menendang ibu apabila tidak gembira
Baby aka nada tindakan merangkak
Baby suka bergolek dan Sering sendawa




thanks sudi baca (^_^) Jumpa lagi

Elak Baby Songsang


Baby akan berpusing dengan kedudukan kepala dibawah apabila masuk usia kandungan 28 minggu ke atas. Tapi ada sesetengah kandungan, baby tak berpusing dengan kepala masih di atas atau kedudukan melintang. Saya nak cuba kongsi sedikit petua dan amalan yang memang saya sedang lakukan. Saya pun sekarang ni baby tak pusing lagi. Mari la kita sama2 amalkan.

Ambil segelas air kosong, bacakan surah al-Insyirah sebanyak 3 kali
Hembuskan ke dalam air
Ambil air yang dibacakan itu, dan usap pada perut sebanyak 3 kali atau 7 kali mengikut lawan pusingan jam berserta selawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Lebihan air tu boleh la diminum. Lebih mustajab jika suami juga turut melakukan perkara yang sama.
Amalkan juga membaca surah al-Insyirah sebanyak 10 kali selepas solat fardhu beserta doa, moga Allah permudahkan kelahiran anak yang kita kandungkan.

Selain tu, dari segi psychology, selalu lah amalkan bersembang dengan baby setiap hari, pujuk dia supaya dia keluar senang. Abahnya selalu gak bersembang dengan baby. Saya tersenyum je.
Apa-apapun, kita hanya merancang dan Allah juga tgh merancang dan sebaik-baik perancangan ialah Allah SWT.
Yang penting..............






  1. Angkat bahagian pinggul setinggi 12-30cm dari lantai dan tahan degan tangan
  2. Lakukan selama 3 kali sehari antara 10 minit. Masa janin gerak aktif, terus la buat (^_^)
  3. Tumpukan perhatian pada janin bukannya tekanan tubuh tau
  4. Dengan posisi perut tergantung dibawah tu, letakkan punggung lebih tinggi macam posisi bersujud
  5. Lakukan terapi ni selama 10 minit sebanyak 2 atau 3 kali setiap hari pada pagi dan malam sebelum tido
lebih kurang buat macam ni la



thanks sudi baca (^_^) Jumpa lagi

Monday, March 18, 2013

Check Up 30 weeks (7 Months)

Penat baru balik dari kampung suami (KULIM). Suami sanggup datang dari KL ke Ipoh, tuk temankan saya jumpa doktor (CHECK UP) scan baby. Husband sampai dalam pukul 9 am terus masuk bilik doktor tuk scan. Scan biasa jela. Government...

14/03/2013 = scan gov
Berat baby 1.23kg. Ibunya 61.5 kg..hihi. Fetal Heart Positif. Aktif jugak baby saya ni. Nurse dah suruh kira 10 kali pergerakan dalam sehari. Pukul 12 lebih dah cukup dah. (^_^). Alhamdulillah. Sekarang yang membimbangkan saya, baby tak pusing lagi. Kepala kat atas lagi. InsyaAllah baby akan pusing. Nanti nak update pasal SONGSANG pulak. huhu..


Lepas pegi klinik Gov, Pegi la Klinik Swasta Dr Anjalai Hospital Pantai. punya la lama tunggu. Scan 3D kosnya RM85 je. Ingatkan dapat la CD. Dia print muka baby je. Alhamdulillah sihat baby saya ni. Doktor ckp mungkin Baby Girl tp dia tak confirm pun. Husband ckp dia npk garis kat tgh2 celah kangkang bayi. Saya tak perasan pulak. Masa scan tu, baby tgh menguap pulak. hihi... comel gilerrrr... (^__^)

Mulut dah macam abahnya..hihi..

Kad Pelawat Hospitak Pantai Putri


thanks sudi baca (^_^) Jumpa lagi

Wednesday, March 13, 2013

Tips Mudah Bersalin



PERTAMA

Banyakkan berjalan. 
Tak kira la berjalan sejauh mana pun. Asalkan berjalan. Keluar rumah pegi shopping ke. Jalan keliling rumah ke. Asalkan aktifkan dirimu.

KEDUA

Kekerapan bersama Suami (ehem)
Faktanya, air mani suami ada pelincir terbaik proses melahirkan anak. Doktor pn penah cakap benda ni tau. haa...

KETIGA
Gunakan tangga untuk menguatkan otot2 kaki supaya dapat membantu semasa proses bersalin nanti. Untungla bagi kalau rumah dua tingkat kan.. Pergi kerja, naik tangga. esok kejang kaki..haha

KEEMPAT 
Amalkan minum minyak kelapa dara setiap hari dalam 5mL. Boleh mula minum bila kandungan 7 bulan. Boleh guna sebagai pelincir juga. Air selusuh pun boleh juga diminum. Suruh suami buatkan air selusuh. Ada berkat (^_^). Air zam-zam pun digalakkan minum. 

KELIMA

Amalkan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan baca ayat kursi dan membaca ayat bismillah 6 kali setiap khamis malam jumaat. Dibaca 7 kali dan hembus ke air minuman atau air untuk mandi (air dalam baldi). 

thanks sudi baca (^_^) Jumpa lagi





Tuesday, March 12, 2013

Check up 28 weeks


Assalam...
dah lama tak update blog... 
Now saya pregnant dah 7 bulan. Check up pada 7/3/2013 hari tu berat badan dah 62.4kg (daripada 61.7kg. Kawan-kawan saya cakap, saya ni nampak badan kecik tapi perut besar.. haha kelakar!! takkan kembar kot..huhu.. belum scan jantina lagi la. Nanti dah scan, saya akan kongsikan kepada semua orang (^_^) Saya dah beli baju baby sikit-sikit..Baju baby kat internet (facebook) punyalah comel. Nasib baik nafsu shopping kurang sejak dua menjak ni. Takde mood lain macam je. Nasib baik dapat husband yang memahami.


Nurse bagi ubat OBIMIN tuk makan sehari sekali. Tak berapa disiplin pn makan. Saya lebih suka makan ulam-ulam masa makan tengahari. Boleh menambahkan HB. Pastu suka makan pedas. Tapi bila dah pedas, mula la tak tahan. Tapi makan jugak. hihihi.


 thanks sudi baca (^_^) Jumpa lagi