Pages

Thursday, February 16, 2012

Jika Kerana...


Jika Kerana...


Jika kerana wang ringgit yang dinilai..
aku tak punya harta untuk di bangga...


Jika kerana ijazah yang jadi taruhan..
aku tak punya kelulusan untuk di pamer...


Jika kerana pangkat dan darjat yang menyamakan taraf..
aku tak punya kedudukan yang hendak dijulang...


Jika kerana tauliah melambangkan ketinggian ilmu..
aku tak punya apa yang hendak disampaikan...


Jika kerana nama yang hendak dipandang..
biarku simpan saja mutiara yang ada...


Namun, kerana sabdanya.. 
"Sampaikanlah walau hanya satu ayat.."




Aku masih di sini.. demi mencari redha Illahi....♥




Wednesday, February 15, 2012

Jodoh


admin hanya nak share....
Allah dah tetapkan jodoh masing-masing.
Maybe sebelum ini, kita pernah bertemu, terserempak dengan jodoh kita..
Tapi andai masa belum mengizinkan, 
selagi itulah kita tidak menyedarinya.
Jangan risau. Jodoh itu pasti.
Itu janjiNya..








Ya Allah, jadikan hamba Mu ini mencintai orang yang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku.

(Riwayat Muslim)

----------------------------
Aaaaaamin ya Rab al alamin......




Tuesday, February 14, 2012

‎3 PERKARA MUSTAHIL DALAM DUNIA!!

3 PERKARA MUSTAHIL DALAM DUNIA!!


* Anda tidak boleh mengira rambut anda
* Anda tidak boleh membasuh kedua mata dengan sabun
*Anda tidak boleh bernafas jika lidah anda berada di luar











ok, sekarang masukkan balik lidah anda..... HAHAHA! 










Sahabat yang baik


sahabat yang baik adalah mereka yang boleh melihat saat kamu terluka dari matamu itu,
ketika orang lain percaya dengan senyuman di wajahmu,
namun di hati terlalu berbeza...

Adakah kamu sahabat yang baik?
bagaimana kamu adalah seorang sahabat yang baik?
jika kamu seorang yang baik, pasti kamu memiliki ramai kawan bukan.....
tak kisahla di dunia realiti ni mahupun di alam maya kamu memang seorang yang mudah disenangi dan mudah didekati.. betol tak?

Dalam ramai-ramai kawan kamu tu bukan semuanya baik-baik belaka...
ada perangai yang menjengkelkan....
ada juga yang bersikap kurang ajar, almaklumlah dulu budak nakal sekolah.. ops~!!
ada pula yang sombong bagai ada harta berjuta-juta...
padahal duit PTPTN belum habis bayar lagi..CEH~!!
ada yang bebal, ada yang menyusahkan, ada perompak, ada yang busuk-busuk hati..ada yang ada-ada...
pokoknya macam-macam ada la.. (sejak tengok citer indon ni, terkeluar pulak loghatnya sih (^_^)/")


Dulu masa belajar kat sekolah, kamu mesti pernah dengar ungkapan dari guru kamu seperti ni....
"Hati-hati bila memilih rakan..Jangan salah pilih kelak merana diri"
(ataupun ayat yang sama waktu dengannya..haha...lain negeri lain juga bahasanya kan? (^_^)/"


Sewaktu remaja (zaman sekolah)..
Guru dan mak ayah kamu mesti menggalakkan untuk menjauhi nak mereka jadi JAHAT kan?
(korang tahu faham kan maksud jahat ni macam mana)
Kerana masa remaja ni la kita mudah terpengaruh dengan rakan sebaya...
Merokok, lompat pagar, ponteng, melawan guru, tak disiplin...
kata orang terengganu "perangai macam setan"..
hahaha..

tapi kan, sedarkah kita, sebenarnya mereka tak la sejahat yang kita sangka...
walaupun kita tak berkawan, ada setengah perkara yang dahulunya kita anggap jahat kita sendiri lakukan bila kita dewasa..
sapa-sapa yang tidak puas hati mesti kena bedal...
kena maki free paling minima...
padahal masa kat sekolah, kita dah diajar tuk bersopan santun dan berbudi bahasa..

Jadi dimana relevannya untuk kita menjauhi mereka yang jahat...
Bukankah kita tercipta untuk saling melengkapi..
Lelaki untuk wanita..miskin dan kaya... sihat dan sakit..
dan yang jahat untuk yang baik..
jika yang jahat untuk yang jahat, maka hancurlah dunia..
jenayah kecil menjadi jenayah besar..
perang kecil menjadi perang besar...
tak gitu?



Namun tak semestinya mereka yang jahat ni akan jahat selamanya...
selalunya admin terserempak dengan mereka suatu ketika dahulu, admin labelkan sebagai "Penjenayah Sekolah"
dan admin lihat mereka dah berubah...ok je pun.. tak la sedajal masa sekolah tu hari...
peramah dan banyak cerita lagi...
mungkin mereka dah tahu enilai diri sendriri..mana yang baik dan yang buruk..
atau mungkin juga mereka bersahabat dengan mereka yang baik...

so, tak semestinya rakan yang baik itu untuk mereka yang baik sahaja... 
yang baik inilah yang diperlukan untuk mengimbangi yang jahat..
jika bukan mereka yang baik menyedarkan yang jahat..siapa lagi kan....
(rasanya admin dah mula merepek ni..hihi)

Semua yang kita lakukan di dunia ini...kita sendiri yang tentukan...
redha pada takdirNya.. ingat rukun iman? percaya pada rukun yang ke enam iaitu, 
Percaya pada Qadar dan Qada'..
kalau ada sahabat yang buat jahat, korang nasihatkan la...
adalah tugas sesama insan untuk saling nasihat menasihati
antara satu sama lain...
kalau bukan kita, nak harapkan siapa lagi kan?...
takkan nak harapkan monyet kat zoo sana..hihi..
tak perlu juga nak jadi ustaz untuk beri nasihat...
saling ingat memperingati tu kan tanggungjawab sahabat...
terpulang la pada sahabat tu nak dengar ke tak..
sebabnya biasanya manusia ni
semakin besar EGOnya apabila sudah diteguri...
dan juga semakin degil...
itula realitinya...



Nota rahsia; Tak kenal maka tak cinta...
luar nampak suci,rupanya perangai 

wallauallam..
peace!


Sayangi Diri Anda







walau ramai mana pun orang yang di sekelilingi kita menyayangi diri kita... tp kita tidak menyayangi diri sendiri... ianya tiada guna... paling utama adalah menyayangi diri sendiri terlebih dahulu...












maka... sayangilah diri anda...♥


Monday, February 13, 2012

Say "Yes" to "Dah Nikah:Hari-Hari Adalah Hari Suami Isteri." Say "Haram" and "No" to Valentine's Day.

For Muslim dan Muslimah
ok??


hurm.. 14 Februari.. apa yg menarik sangat dgn tarikh ni.. korang tahu tak apa yg menarik sangat dgn tarikh ni.. mesti ramai yg dah tahu bukan.. tak kan tak tahu kot.. merupakan satu tarikh keramat yg ditunggu oleh pasangan kekasih setiap tahun.. dimana pada tarikh ini telah ditetapkan sebagai hari memperingati kekasih yg lebih dikenali sebagai hari Valentine kan.. kira time hari kekasih ni la nak kasi hadiah kat pasangan masing2 kan.. pastu dating lak kat restoren lima bintang kan.. hurm.. macam2.. namun sedarkah kita yg hari Valentine ni haram di sambut oleh orang Islam? mengapa?




maka dengan ini BL nak ajak la rakan2 yg beragama Islam sekalian especially para blogger utk boikot hari Valentine ni.. tak da faedah pon nak sambut hari Valentine ni.. dengan ni BL menyahut seruan saudari Sunah Mohammad utk boikot hari Valentine ni.. dimana beliau telah mambuat satu kempen utk boikot hari Valentine ni.. kalau korang berminat nak join gak jom terjah belog saudari Sunah ni k..


lastly...



BAHAYA ROTAVIRUS


Hari ni, terdengar berita yang 2 orang kanak-kanak di Perak mati suspek penyakit Rotavirus. Kan beratus lagi mempunyai tanda-tanda penyakit rotavirus. Ini adalah membimbangkan selepas kes virus mulut dan kuku yang kecoh di Sarawak tidak lama dahulu.
Menurut Datuk Dr mah, Exco Perak, kanak-kanak berumur 12 tahun kebawah boleh terkena cirit-birit yang teruk dengan cepat tetapi orang tua mempunyai immune yang tinggi. Rotavirus tidak memberikan apa-apa kesan pada tanda awal tetapi jika tidak mendapat rawatan awal yang bagus, ia boleh mengakibatkan kesan yang buruk termasuk kematian.

Kepada ibu bapa, mungkin ini adalah serba sedikit infor-info yang berguna untuk melindungi kanak-kanak khasnya berumur 12 tahun kebawah daripada tersebarnya wabak Rotavirus di Malaysia


Mengikut perangkaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kira-kira 2 juta pesakit dimasukkan ke hospital setiap tahun kerana rotavirus manakala seramai 440,000 pesakit menemui maut akibat cirit-birit teruk dan dehidrasi atau kehilangan banyak air. Rotavirus tersebar dengan mudah terutama melalui najis yang mengandungi rotavirus ke mulut, air tercemar atau alatan permainan yang disentuh.

Perunding Pediatrik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Rotavirus adalah penyebab utama cirit-birit teruk atau (gastroentintis akut) di kalangan kanak-kanak di Negara maju dan Negara membangun. Dianggarkan 40 % kanak-kanak di seluruh dunia mengalami cirit birit teruk dan ia pembunuh kedua tertinggi di kalangan kanak-kanak berusia bawah 5 tahun selepas pneumonia.




Bagaimana Rotavirus Tersebar
* Najis yang terkena virus Rotavirus boleh tersebar melalui tangan, objek-objek dan permukaan terbuka dan mungkin juga melalui pernafasan. kanak-kanak atau bayi selalunya memasukkan tangan dan jari yang infected dengan rotavirus ke dalam mulut jadi mula la penularan rotavirus.


Cara Mencegah Penyakit
* Bayi anda diberikan vaccine, vaksin Rotavirus. diambil seawal 8 minggu sehingga 8 bulan. Ia diambil melalui mulut bayi atau kanak-kanak
* Jaga kebersihan kawasan rumah especially kalau ada bayi yang kecil.
* Ajar Basuh tangan anak-anak sebelum makan




Wednesday, February 8, 2012

WHY MEN DON’T LISTEN AND WOMEN CAN’T READ MAPS

buku ni memang ada kelainan dari buku diatas sebab buku ni banyak menguraikan psikologi antara lelaki dan perempuan dari segi sains biologi dan kepada kejian tentang fitrah manusia... buku ni xde la membosankan seperti buku biologi kat  library... tapi sangat mengujakan sebab sangat saintfik dan masuk akal... so, dalam pemerhatian aku, memang aku akan syorkan semua orang memilikinya sebab, buku ini umpama satu penemuan yang sangat hebat dalam menerangkan tentang sifat & psikologi manusia... hmm, tapi biasalah, dalam penulisan seseorang mempunyai percanggahan, sometimes dari segi fahaman keagamaan... so, de juga la pandangan dan kajian dalam buku ni terutamanya dalam bab HOMOSEKSUAL yang bercanggah sedikit dengan Islam...so, untuk maklumat lanjut, silalah beli buku hasil tulisan Barbara & Allan Pease dengan harga RM25.00 dalam versi BAHASA MELAYU di kedai2 buku berdekatan...









WHY MEN DON’T LISTEN AND WOMEN CAN’T READ MAPS (versi bahasa melayu)
Buku ini adalah buku yang diterjemahlan secara sah daripada buku asal berjudul
Why Men Don’t Listen and Women Can’t Read Maps
oleh Allan dan Barbara Peace terbitan PTS Millenia Sdn Bhd Terbitan Pertama 2011.
Lelaki dan perempuan itu berbeza. Bukanlah satu jantina lebih baik daripada yang lain. Mereka Cuma berbeza. Ahli sains, ahli antropologi dan ahli sosiobiologi mengetahui fakta ini sejak dahulu lagi. Masyarakat hari ini ,asih mahu mempercayai yang lelaki dan perempuan mempunyai kemahiran, kebolehan dan potensi yang sama. Ini masih dikekalkan walaupun sains mula membuktikan yang kedua-dua jantina ini berbeza.
+O MENGAPA LEAKI MENDENGAR SEPERTI PATUNG.
O> MENGAPA PETA BOLEH MENYEBABKAN PENCERAIAN.
+O MENGAPA LELAKI JATUH CINTA DAN WANITA PUTUSKAN CINTA.
O> MENGAPA LELAKI TIDAK MAMPU BERBOHONG KEPADA PEREMPUAN.
+O MENGAPA APABILA WANITA BERCAKAP LELAKI TERASA DILETERI.
O> MENGAPA WANITA MENGHARGAI HUBUNGAN, LELAKI MENGHARGAI KERJA.
+O MENGAPA LELAKI PERUT BUNCIT DAN WANITA BERPUNGGUNG BESAR.
O> MENGAPA LELAKI HANYA DAPAT MELAKUKAN SATU PERKARA DALAM SATU MASA.
+O MENGAPA LELAKI DIIBARATKAN KETUHAR GELOMBANG MIKRO DAN WANITA KETUHAR ELEKTRIK.
Buku ini bukan hanya sahaja membantu mengenali manusia berlainan jantina tetapi juga boleh mengenali diri sendiri. Hasilnya, kita mampu menjalinkan hubungan dan interaksi yang lebih menggembirakan dan memuaskan.
[Orang yang couple pun, boleh kenal hati masing2]
Ok la. Papepun, kita jumpa lagi di lain post lagi. –admin ^^

Fesyen Tudung




Hai, admin baru je beli selendang. Bajet nak bergaya ala-ala YUNA la..haha poyo jek =P
Sekarang ni dah bermacam2 fesyen bertudung dah. Berlilit2, simpul2, berbunga2, n macam2 lagi lah. Yang penting TUTUP AURAT, CANTIK dan BERGAYA. Betol tak?
“Stok tudung baru, harganya mahal sikit lah. Bila dah lama, boleh kurang dah” kata salah sorang makcik yang jual tudung n selendang kat GREENTOWN MALL Ipoh. Anda memang penah beli kan kat sana? Murah je.



Ok la. Papepun, kekalkan menutup aurat. PEACE (admin)

Angry Bird

Sudah ramai yang minat game ANGRY BIRD a.k.a Burung Marah.(eheks). (admin pun suka jugak. Dah khatam dah. Huhu) Anda tahu ke sapa yang mula2 cipta game ni? Anda tahu ke IDEA sapa burung marah ni? Anda tahu ke dari mana datangnya burung marah? I mean ANGRY BIRD =D
Di sini admin bongkarkan dari mana datangnya burung marah ni. Dan macam mana rupanya burung marah ni yang sebenar.









Sapa yang biasa main game burung marah ni memang tahu lah macam mana rupa dan sekali dengan fungsinya lagi. Tengok bentuk je dah tahu dah. Tengok colornya dah pun tahu dah. Ada yang boleh BOOM, ada yang boleh pecah 3, ada yang pusing2, ada yang pecut laju, ada yang bertelur boom. Betol tak?

Ok la. Papepun, ANGRY BIRD a.k.a Burung Marah ni memang sweet gitu kan? (admin)

Friday, February 3, 2012

JONNY DEPP

bila dilukis, jadi cam ni lak...haha.. 

pinky~!!

kalau la aku ada henset ni...haha..

Dewan Peperiksaan Di negara Orang

Betapa susahnya orang lain nak menghadapi saat-saat peperiksaan, terpaksa berpanas di bawah terik matahari semata-mata untuk mencari hakikat dan kebenaran. Takkanlah kita yang duduk selesa di bawah dewan berbumbung dan kipas besar menghilangkan rimas masih nak meniru dan cuba mengelat dalam peperiksaan!..cuba fikirkanlah..

Rehat minda - Lambaian Sukmaku..

Mawar dari kebun ilahi,
Merah basah menyerlahi kasih,
Kusambut setelah terbesit oleh pijar makna..
Ah, hari yang kembang dengan kelopak peri
dan rumah batini tergigil rindu oleh dupa salik yang mencari diri...