ketika orang lain percaya dengan senyuman di wajahmu,
namun di hati terlalu berbeza...
Adakah kamu sahabat yang baik?
bagaimana kamu adalah seorang sahabat yang baik?
jika kamu seorang yang baik, pasti kamu memiliki ramai kawan bukan.....
tak kisahla di dunia realiti ni mahupun di alam maya kamu memang seorang yang mudah disenangi dan mudah didekati.. betol tak?
Dalam ramai-ramai kawan kamu tu bukan semuanya baik-baik belaka...
ada perangai yang menjengkelkan....
ada juga yang bersikap kurang ajar, almaklumlah dulu budak nakal sekolah.. ops~!!
ada pula yang sombong bagai ada harta berjuta-juta...
padahal duit PTPTN belum habis bayar lagi..CEH~!!
ada yang bebal, ada yang menyusahkan, ada perompak, ada yang busuk-busuk hati..ada yang ada-ada...
pokoknya macam-macam ada la.. (sejak tengok citer indon ni, terkeluar pulak loghatnya sih (^_^)/")
Dulu masa belajar kat sekolah, kamu mesti pernah dengar ungkapan dari guru kamu seperti ni....
"Hati-hati bila memilih rakan..Jangan salah pilih kelak merana diri"
(ataupun ayat yang sama waktu dengannya..haha...lain negeri lain juga bahasanya kan? (^_^)/"
Sewaktu remaja (zaman sekolah)..
Guru dan mak ayah kamu mesti menggalakkan untuk menjauhi nak mereka jadi JAHAT kan?
(korang tahu faham kan maksud jahat ni macam mana)
Kerana masa remaja ni la kita mudah terpengaruh dengan rakan sebaya...
Merokok, lompat pagar, ponteng, melawan guru, tak disiplin...
kata orang terengganu "perangai macam setan"..
hahaha..
tapi kan, sedarkah kita, sebenarnya mereka tak la sejahat yang kita sangka...
walaupun kita tak berkawan, ada setengah perkara yang dahulunya kita anggap jahat kita sendiri lakukan bila kita dewasa..
sapa-sapa yang tidak puas hati mesti kena bedal...
kena maki free paling minima...
padahal masa kat sekolah, kita dah diajar tuk bersopan santun dan berbudi bahasa..
Jadi dimana relevannya untuk kita menjauhi mereka yang jahat...
Bukankah kita tercipta untuk saling melengkapi..
Lelaki untuk wanita..miskin dan kaya... sihat dan sakit..
dan yang jahat untuk yang baik..
jika yang jahat untuk yang jahat, maka hancurlah dunia..
jenayah kecil menjadi jenayah besar..
perang kecil menjadi perang besar...
tak gitu?
Namun tak semestinya mereka yang jahat ni akan jahat selamanya...
selalunya admin terserempak dengan mereka suatu ketika dahulu, admin labelkan sebagai "Penjenayah Sekolah"
dan admin lihat mereka dah berubah...ok je pun.. tak la sedajal masa sekolah tu hari...
peramah dan banyak cerita lagi...
mungkin mereka dah tahu enilai diri sendriri..mana yang baik dan yang buruk..
atau mungkin juga mereka bersahabat dengan mereka yang baik...
so, tak semestinya rakan yang baik itu untuk mereka yang baik sahaja...
yang baik inilah yang diperlukan untuk mengimbangi yang jahat..
jika bukan mereka yang baik menyedarkan yang jahat..siapa lagi kan....
(rasanya admin dah mula merepek ni..hihi)
Semua yang kita lakukan di dunia ini...kita sendiri yang tentukan...
redha pada takdirNya.. ingat rukun iman? percaya pada rukun yang ke enam iaitu,
Percaya pada Qadar dan Qada'..
kalau ada sahabat yang buat jahat, korang nasihatkan la...
adalah tugas sesama insan untuk saling nasihat menasihati
antara satu sama lain...
kalau bukan kita, nak harapkan siapa lagi kan?...
takkan nak harapkan monyet kat zoo sana..hihi..
tak perlu juga nak jadi ustaz untuk beri nasihat...
saling ingat memperingati tu kan tanggungjawab sahabat...
terpulang la pada sahabat tu nak dengar ke tak..
sebabnya biasanya manusia ni
semakin besar EGOnya apabila sudah diteguri...
dan juga semakin degil...
itula realitinya...
Nota rahsia; Tak kenal maka tak cinta...
luar nampak suci,rupanya perangai
wallauallam..
peace!
luar nampak suci,rupanya perangai
wallauallam..
peace!
No comments:
Post a Comment