Pages

Wednesday, April 3, 2013

Doakan Kesihatan Ibu saya

Assalamualaikum (^_^)

Baru je sampai ipoh... lepas subuh pagi td gerak dari KL.

Hari Ahad pukul 3 pagi saya dikejutkan dengan berita ma saya masuk wad sebab sakit dada.. adik saya eka yg telefon. Terus saya tepon abah tnya keadaan sebenar. Doktor ckp mungkin jantung bengkak. Sebak saya pagi tu. Nasib baik husband ada disebelah. Husband pn baru sampai Jumaat mlm tu. Saya rasa tak tak tenang. Telefon abg Aslam yg berada kat Ampang, KL ajak balik kampung segera. Isteri Abg Aslam (kakak ipar saya) keje malam, so, kena la bertolak pagi keesokkan harinya. Malam tu jugak dari Ipoh ke KL sbbnya pagi esoknya nak balik kg gak. Kesian kat husband, sepatutnya dia kena keja ada program. Maklumlah dia jaga Bilik Gerakan Pejabat Kesihatan. Saya tahu husband risaukan saya. Yelah, saya ni dah 8 bulan dah. Tunggu masa je ni. Bulan depan dah pun. kejap je masa berlalu.

Sampai kat Kemaman terus ke Hospital kemaman jenguk ma. Nasib baik time dah sampai tu tepat2 waktu melawat. Sebak kejap tengok ma. Badan Ma panas. Ma demam. Saya lap badannya. dan ma sempat melawak lagi dengan saya, katanya " busuk dok ketiok ma? sebab dah 2 hari dok mandi".. Seriously, takde bau busuk pn sepanjang saya berada di sebelahnya. Bila nak lap kat dadanya, ma ckp sakit takleh nak tekan kuat. Tekan sikit pn dah sakit. Kesian ma. Adik sayalah , Eka yg jaga ma sepanjang kat wad. Ma tak lalu nak makan. Minum air je. Nak bangun pn tak larat. sedih lahh~ T_T

Just 2 hari je balik kg. Masa nak bertolak ke KL, saya tengok ma dah ok sikit lah. Badan dah kurang panas dah. Ma pn dah mandi tp doktor suruh puasa sebab nak Scan. pukul 2 waktu melawat habis dan ingat nak terus balik KL lah. Ma tanya jam sudah pukul brapa. Eka ckp pukul 3 nak gi Scan. Ma dahaga sangat. Bayangkanlah ma dokleh nak minum air sbb doktor dok bagi. Takut tak nampak pastu kena pegi banyak2 kali pulak. Saya takleh lah tengok ma saya kekeringan dahagakan air. Tak kira lah, saya suap jugak air. Tak tergamak saya tengok ma saya layu dah badan lemah camtu. Bagi lah minum sikit.

Masa waktu melawat habis, sebak saya meninggalkan ma kat hospital. Saya sempat bg semangat kat ma supaya lawan sikit sakit tu. Masa perjalanan balik KL, Eka telefon bgtau ma dah nak pegi scan. dan doktor bagitau ma sakit hempedu. Ada batu hempedu. Kena transfer ke Hospital Kuantan pulak hari tu jugak. Mungkin kena Operate. Abah tak selalu call anak2 dia bagitau info2 terkini tentang ma.

Saya minta semua kawan2 saya doakan kesihatan ibu saya. Ya Allah, sihatkanlah dia. Tiada penyembuhan lain selain dari PenyembuhanMu Tuhan semesta Alam. Amin.......


Gambar kat bawah ni gambar raya tahun 2011.
~Eka dan Ma~

~Dengan Abah~

Dengan My Lovely Ma


thanks sudi baca (^_^) Jumpa lagi

No comments:

Post a Comment